Friday, August 10, 2012

Khatan Bayi Perempuan... ;')

Alhamdulilah selesai khatan baby Alisha Zahrah..i love you!
@Poliklinik Rakyat Dr Sharifah,Putatan Point, 9.45am; 9/8/2012(khamis)

Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemulian dan mertabat wanita itu sendiri. Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).
Waktu wajib khatan adalah pada saat baligh, kerana pada saat itulah wajib melaksanakan solat. Tanpa khatan, solat tidak sempurna sebab suci yang yang merupakan syarat sah solat tidak boleh terpenuhi.Adapun waktu sunnah adalah sebelum balig. Sedangkan waktu ikhtiar (pilihan yang baik untuk dilaksanakan) adalah hari ketujuh setelah lahir, atau 40 hari setelah kelahiran, atau juga dianjurkan pada umur 7 tahun. (sebaik2nya paling awal 7hari dan paling lewat semasa baligh)

“Selain tuntutan dalam Islam, berkhatan ini juga merupakan satu cara untuk kita berdoa agar anak perempuan kita ini menjadi seorang yang baik dan soleh apabila dia dewasa kelak."

No comments:

Post a Comment