Monday, July 9, 2012

Fitrah Wanita, Isteri & Ibu....

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang wanita yang bergelar isteri dan kemudian menjadi ibu.

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung.
Hospital Likas ; 23 May 2012,  7.30pm
Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. 
Hospital Likas ; 23 May 2012,12.30pm 

Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.


Damai Specialist Hospital ; 14 Jun 2012,9.00am
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.


Hospital Likas ; 23 May 2012, 7.00am

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami dan anak berbanding dirinya...

2 comments:

  1. comelnya kakak mengandung, xsempat ayang mau tengok. wuwuu :) Tahniah kak, jadi mumy Alisha sua :)

    ReplyDelete
  2. heee ;') naaa.. mcmana la klu turn ayang nt.... tq so much ayang.. !!

    ReplyDelete